ADUN Satok Sampaikan Sumbangan Tahun Baru Cina 2022

ISNIN, 24 JANUARI 2022

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, Dato Ibrahim Baki turun padang menyampaikan sumbangan Tahun Baru Cina 2022 kepada penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok pada Isnin.

Program ringkas anjuran Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Green Road itu diadakan di Thompson Inn, Jalan Nanas Kuching.

Sumbangan berupa makanan dan minuman seperti kuih bahulu, buah limau dan minuman kotak itu bukan hanya diberikan kepada penduduk berbangsa Cina, malah turut diberikan kepada orang ramai termasuk pihak media yang hadir.

Selesai simbolik penyerahan sumbangan dan sesi fotografi, Dato Ibrahim tidak melepaskan peluang menyantuni pengunjung di kedai makan berhampiran dan memberikan sumbangan yang sama kepada mereka.

Selain merapatkan hubungan pemimpin bersama rakyat, inisiatif sedemikian juga menandakan komitmen wakil rakyat terhadap penglibatan melibatkan kebajikan di samping mengeratkan perpaduan pelbagai kaum di kawasan DUN Satok.-EDISI UKAS

add comment