Dato Sri Rohani Meriahkan Lagi Uptown Pusa

ISNIN, 24 JANUARI 2022

PUSA: Ahli Parlimen Batang Lupar, Dato Sri Rohani Abdul Karim telah turun padang bagi meninjau suasana di Uptown Pusa pada Ahad.

Beliau sempat beramah mesra bersama penduduk di sekitar Pusa serta melihat kemeriahan jualan sempena promosi Keluarga Malaysia.

Dalam pada itu, melalui program tersebut, para peniaga mengambil peluang untuk berniaga dan mempromosikan produk tempatan serta meningkatkan pendapatan.

Dalam program yang sama, Dato Sri Rohani  sempat mengagihkan buah limau dan angpau kepada 163 penduduk Cina di kawasan Beting Maro.

Para penerima menzahirkan ucapan terima kasih kepada Dato Sri Rohani di atas sumbangan yang diberikan.-EDISI UKAS

add comment