Kemalangan Kendiri Libatkan Sebuah Kenderaan Pacuan 4 Roda

ISNIN, 24 JANUARI 2022

BINTULU: Satu kejadian kemalangan kendiri telah berlaku melibatkan sebuah kenderaan pacuan 4 roda di Jalan Ibraco, Kampung Asyakirin pada Isnin. 

Pusat Operasi Bomba dan Penyelamat Bintulu telah menerima panggilan kecemasan daripada orang awam berhubung kemalangan tersebut. 

Setiba di lokasi kejadian, didapati telah berlaku kemalangan kendiri melibatkan sebuah kereta Toyota Hilux yang dinaiki seorang lelaki. 

Mangsa telah dikeluarkan orang awam sebelum pihak Bomba tiba di lokasi kejadian dan telah dihantar ke Bintulu Medical Centre.-EDISI UKAS

add comment