Kursus Asas Fotografi Untuk Belia Di Mukah

ISNIN, 24 JANUARI 2022

MUKAH: Pertubuhan Belia Parlimen Mukah dengan kerjasama MYTIC, Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) dan Nonakraf Creative telah menganjurkan Kursus Asas Fotografi Siri 1 dari 22 hingga 23 Januari bertempat di Dewan Suarah Mesra Mukah.

Kursus tersebut bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai teknik dan kemahiran merakam gambar secara kreatif dan inovatif bagi meningkatkan kualiti gambar dalam pemasaran produk yang diusahakan oleh para usahawan belia dan tempatan.

Majlis penangguhan disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian merangkap Pengerusi Pertubuhan Belia Parlimen Mukah, Royston Valentine.

Turut hadir Pegawai AADK Daerah Mukah, Puan Felinora; Pemilik MYStudio Mukah, Naizha John; Penceramah Program, Muhaiyadin Mohd Morshidi dan Abdul Rahman Mainol. – EDISI UKAS

add comment