SELASA, 25 JANUARI 2022
KABONG: Satu majlis ringkas penyerahan dua Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) ADUN Kabong yang telah siap telah diadakan pada Selasa.
Projek pertama membabitkan pembinaan kawasan parkir SK St Paul, Roban dengan peruntukan RM200,000 yang telah dilaksanakan oleh Syarikat Allyputra.
Projek tersebut bermula pada 27 September 2021 dan siap sepenuhnya pada 17 Januari 2022.
Manakala satu lagi projek ialah Bina Baru Jambatan Sungai Peruntung dengan peruntukan RM400,000 dan dilaksanakan oleh Syarikat Masnah Enterprise.
Ia bermula pada 8 Januari 2021 dan siap pada 25 Jun 2021.
Turut hadir Pegawai Tadbir Daerah Kecil Roban, Michael Meling; YDP PIBG SK St Paul Roban, Kassim Tomik; Penolong Jurutera JKR Saratok, Priscilla Carnelius; Penolong Jurutera JKR Saratok, Muhammad Khairil Nidzam Hamidon dan beberapa wakil penerima projek siap. – EDISI UKAS