Komuniti Kuil Hai Long Si Anjur Majlis Kesyukuran Kemenangan GPS DUN Bahagian Miri

SELASA, 25 JANUARI 2022

MIRI: Satu majlis kesyukuran telah diadakan komuniti Kuil Hai Long Si sebagai meraikan kemenangan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) Sarawak yang lepas di Kuil Hai Long Si, Krokop Miri pada Selasa.

Menteri Pengangkutan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin Dato’ Sri Lee Kim Shin berkata, kemenangan GPS ini adalah atas sokongan kuat dan doa daripada rakyat yang terus mempercayai keupayaan GPS untuk mentadbir Sarawak.

“Komuniti Kuil Hai Long Si ini telah mendoakan keselamatan, kelancaran, kesihatan dan keadaan cuaca yang baik menjelang hari mengundi yang lalu,” katanya ketika ditemui selepas majlis tersebut.

Dalam pada itu, beliau merakamkan terima kasih di atas inisiatif kuil termasuk juga rumah ibadat lain seperti masjid, surau dan tokong yang telah mendoakan kemenangan GPS.

Hadir sama, Datuk Bandaraya Miri, Adam Yii Siew Sang dan wakil Menteri Muda Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan I merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Piasau, Chia Kar Furng.-EDISI UKAS

add comment