Pelaksanaan Projek RTP Bangunkan Kawasan Luar Bandar

SELASA, 25 JANUARI 2022

BINTANGOR: Pelaksanaan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) sangat penting dalam membantu menyediakan dan menaik taraf kemudahan dan prasarana kawasan di luar bandar bagi memastikan ia tidak ketinggalan dari arus pemodenan.

Dalam hal ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing amat berterima kasih kepada Kerajaan Negeri Sarawak kerana telah meluluskan peruntukan bagi tujuan tersebut.

Beliau berkata demikian semasa mengadakan lawatan ringkas ke SJK (c) Yong Kwong bagi mengumumkan kelulusan peruntukan RTP sebanyak RM100,000 untuk menaiktaraf tempat letak kereta sekolah itu pada Isnin.

Kelulusan projek itu disambut lega warga pendidik dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah tersebut yang menzahirkan rasa gembira dan berterima kasih kepada Kerajaan Sarawak dan ADUN Meradong kerana telah meluluskan peruntukan untuk menaik taraf prasarana sekolah mereka.

Selepas lawatan di situ, Datuk Ding menyempurnakan penyerahan tapak projek RTP menaiktaraf prasarana dan pembinaan pagar Surau Al-Muhajirin Taman Bintang Bintangor yang menelan kos sebanyak RM200,000.

Projek yang bermula pada Ogos tahun lepas itu telah siap sepenuhnya.

Datuk Ding kemudiannya mengadakan lawatan ke SJK (c) Nam Kiew untuk memaklumkan kelulusan projek RTP menaiktaraf kawasan letak kenderaan di sekolah yang menelan kos RM100,000.

Beliau mengakhiri lawatannya ke SJK (c) Hua Kee untuk meninjau tapak projek RTP menaiktaraf stadium Bola keranjang dan menaiktaraf parit sekolah berkenaan dengan kos RM100,000.

Menurut Datuk Ding, Projek RTP akan terus rancak dilaksanakan di kawasan DUN Meradong jika Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) terus mendapat sokongan. – EDISI UKAS

add comment