Tanah Runtuh Di Pekan Lapok, Tiada Kemalangan Dilaporkan

SELASA, 25 JANUARI 2022

MARUDI: Satu kejadian tanah runtuh telah berlaku di Pekan Lapok pada petang Isnin.

Dalam kejadian itu, tanah dari sebuah bukit runtuh ke jalan raya dan menghalang laluan kenderaan.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Kejadian tanah runtuh berlaku susulan hujan lebat dan perkara ini telah dimaklumkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk tindakan selanjutnya.

Kerja-kerja mengalih tanah yang runtuh giat dilaksanakan dan laluan lalu lintas pulih seperti biasa.-EDISI UKAS

add comment