ADUN Sadong Jaya Tinjau Projek Siap Di Kampung Jaie

RABU, 26 JANUARI 2022

SADONG JAYA : Menteri Muda Insfrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya, Aidel Lariwoo turun padang bagi meninjau Projek Pembinaan Jambatan dan Jalan Pertanian Kampung Jaie yang telah siap.

Beliau berpuas hati kerana projek tersebut telah siap mengikut perancangan dan mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

Sementara itu, beliau juga merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat menyiapkan kedua-dua projek tersebut sekaligus memudahkan penduduk kampung menghantar hasil pertanian ke Samarahan dan Kuching.

Justeru, beliau berharap supaya semua pihak terus memantau proses pelaksanaan setiap projek kerajaan di kawasan masing-masing supaya berjalan dengan teratur. -EDISI UKAS

add comment