JKMS Peruntuk RM610,600 Sempena Tahun Baru Cina 2022

RABU, 26 JANUARI 2022

KUCHING: Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) mengeluarkan peruntukan sebanyak RM610,600 kepada 6,106 penerima sempena Tahun Baru Cina 2022.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, tujuan sumbangan ini adalah untuk meringankan beban kewangan serta menceriakan penerima bantuan sempena menyambut Tahun Baru Cina pada tahun ini.

“Sumbangan ini adalah untuk meringankan beban kewangan serta menceriakan penerima bantuan sempena menyambut Tahun Baru Cina serta membantu meningkatkan kualiti hidup di kalangan keluarga yang kurang berkemampuan,” katanya semasa berucap dalam Majlis Sejambak Kasih Tahun Baru Cina di Dewan Masyarakat Sungai Maong di sini pada Rabu.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, dari Januari hingga Disember 2021, JKMS telah menyalurkan perbelanjaan sebanyak RM243,162,850 untuk 52,363 orang penerima bantuan bulanan di seluruh Sarawak.

Turut hadir dalam program itu ialah Pengarah JKMS Noriah Ahmad,  Timbalan Residen Bahagian Kuching, Mackos Sibong dan  Pengerusi Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) Cawangan Batu Lintang, Sih Hua Tong.-EDISI UKAS

add comment