Kerjasama Erat ADUN Kabong Dan PPD Saratok Perluas Jaringan Pendidikan

RABU, 26 JANUARI 2022

SARATOK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Mohd Chee Kadir telah mengadakan perjumpaan khas bersama warga Pejabat Pendidikan Daerah Saratok di Sektor Pembelajaran PPD Saratok pada Rabu.

Objektif perjumpaan khas tersebut ialah untuk mengeratkan hubungan dan kerjasama antara ADUN Kabong dan PPD Saratok.

Pada masa sama, ia bertujuan merangka perancangan pendidikan bagi tahun 2022, meninjau dan mendengar laporan pembangunan sekolah-sekolah di DUN Kabong.

Selain itu, perjumpaan juga bertujuan membina jaringan pendidikan yang lebih meluas dalam kawasan tersebut dengan menggerakkan PPD Saratok sebagai nadi pelaksana.-EDISI UKAS

add comment