Program Jualan Keluarga Malaysia Di Mukah Bantu Ringankan Beban Rakyat

RABU, 26 JANUARI 2022

MUKAH : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Bahagian Mukah telah menganjurkan program Jualan Keluarga Malaysia yang berlangsung selama dua hari bermula 25 hingga 26 Januari 2022 bertempat di Perkarangan Letak Kereta, Gafu, Mukah.

Program tersebut turut mendapat kerjasama pelbagai agensi seperti Pusat Khidmat Mukah, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Cawangan Mukah, Persatuan Nelayan Mukah, FAMA Mukah dan Gafu Supermarket.

Ia merupakan salah satu langkah yang diambil kerajaan untuk meringankan beban rakyat dalam membeli barangan keperluan dengan harga yang lebih murah daripada harga pasaran.

Hadir bagi mewakili Timbalan Menteri Hal Ehwal Sabah Sarawak merangkap Ahli Parlimen Mukah, Dato Hanifah Hajar Taib ialah Pegawai Khas Mukah, Rosli Sopok dan Ketua Cawangan KPDNHEP Mukah, Salihin Den.-EDISI UKAS

add comment