Projek Bina Baru Tadika SeDidik Di Kampung Buntal

RABU, 26 JANUARI 2022

KUCHING: Projek pembinaan Tadika Sedidik di Kampung Buntal akan memberi manfaat kepada penduduk kampung setempat.

Menteri Muda Telekomunikasi dan Utiliti (Utiliti) Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, apabila siap kelak, para penduduk kampung boleh menghantar anak-anak mereka ke tadika berkenaan.

Katanya, ia juga akan memberi keselesaan kepada anak-anak penduduk kampung yang mempunyai ibu bapa yang bekerja.

Sebelum itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Damai diberi taklimat mengenai pembinaan Tadika Sedidik Kampung Buntal yang baharu.

Berdasarkan taklimat itu, tadika berkenaan bakal dilengkapi dengan kemudahan ruang makan, pantri, bilik kelas dan tandas.

Hadir sama Ketua Kampung Buntal Joni Pawi, Pemangku Pengurus Besar Sedidik, Siti Rodziah Bunsu Drahman dan Pengurus Kanan Sektor Jaminan Kualiti Sedidik, Awang Kederi Awang Mahdar.-EDISI UKAS

add comment