RABU, 26 JANUARI 2022
LINGGA: Pusat Khidmat Ahli Parlimen Batang Lupar menyampaikan sumbangan sempena Tahun Baru Cina 2022 kepada 29 penduduk di kawasan Lingga pada Isnin.
Simbolik pengagihan sumbangan berupa buah limau dan wang tunai itu telah disampaikan oleh wakil Ahli Parlimen Batang Lupar, Zaliha Jamal.
Sumbangan tersebut bertujuan untuk meringankan sedikit bebanan serta menceriakan penerima yang terdiri daripada lapan orang warga emas dan 21 orang ketua isi rumah di kawasan Maludam.
Sementara itu, para penerima mengucapkan terima kasih kepada Ahli Parlimen Batang Lupar, Dato ‘Sri Rohani Abdul Karim di atas sumbangan yang telah diberikan.-EDISI UKAS