Tiga Lagi Projek RTP ADUN Meradong Diluluskan

RABU, 26 JANUARI 2022

BINTANGOR: Kerajaan Negeri telah meluluskan tiga lagi Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing.

Projek pertama ialah menaiktaraf prasarana Rumah Ngipa, Sg Buloh Bintangor dengan kos sebanyak RM50,000 yang akan menyelesaikan masalah kekurangan tempat letak kenderaan di rumah panjang berkenaan.

Pada Selasa, Datuk Ding turun padang melawat tapak prjek berkenaan bersama dengan pihak JKR Bahagian Sarikei dan ketua-ketua masyarakat.

Sejurus selepas itu, beliau meninjau tapak projek menaiktaraf tempat letak kenderaan di Rumah Panjang Baling, Sg Meradong dan menaiktaraf jalan utama di lima buah perumahan persendirian.

Kesemua projek tersebut diluluskan peruntukan sebanyak RM50,000.

Manakala projek ketiga ialah menaiktaraf prasarana Rumah Giman, Skim B Meradong iaitu menaiktaraf perparitan dan menukar semula wayar bekalan elektrik yang terlalu lama di rumah panjang tersebut.

Sebanyak RM100,000 diperuntukkan untuk projek tersebut.

Menurut Datuk Ding, pelaksanaan Projek RTP akan dijalankan secara berperingkat mengikut dana yang telah diluluskan melalui Kerajaan Sarawak pada setiap tahun dan kontraktor akan dilantik melalui agensi pelaksanaan secara cabutan undi.

Dalam pada itu, kesemua penduduk di ketiga-tiga rumah panjang berkenaan melahirkan rasa lega dan berterima kasih kepada Kerajaan Sarawak dan ADUN Meradong kerana telah meluluskan peruntukan untuk menaiktaraf prasarana di rumah panjang mereka. – EDISI UKAS

add comment