16 Jeti Nelayan Kampung Jemukan Siap Sepenuhnya

KHAMIS, 27 JANUARI 2022

SADONG JAYA: Sebanyak 16 buah jeti nelayan Kampung Jemukan telah siap sepenuhnya.

Menteri Muda Infrastruktur Dan Pembangunan Pelabuhan, Aidel Lariwoo memberitahu, ianya adalah antara beberapa projek yang memberikan banyak manfaat kepada para nelayan untuk memudahkan kerja memindahkan hasil laut mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya itu juga berkata ketika melakukan tinjauan projek tersebut pada Rabu, beliau berpuas hati dengan kerja yang telah dilaksanakan.

Justeru, Aidel turut memohon pihak Ketua Masyarakat Dan Ketua Kaum (KMKK) untuk sentiasa peka dan memantau setiap projek yang sedang dilaksanakan mengikut spesifikasi yang ditetapkan. -EDISI UKAS

add comment