ADUN Bukit Semuja Santuni Masyarakat Di Pasar Serian, Agih Buah Limau

KHAMIS, 27 JANUARI 2022

SERIAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Semuja, John Ilus meneruskan program walkabout pengagihan buah limau sempena sambutan Tahun Baru Cina di sekitar Pasar Serian, pada Khamis.

Selain buah limau mandarin, sumbangan kalendar Tahun Baru 2022 dan kad ucapan turut diagihkan sendiri oleh John Ilus kepada semua peniaga, pengunjung premis dan orang awam di kawasan itu tanpa mengira kaum dan agama.

Program tersebut turut disertai Pemanca Chai Min Lee, Kapitan Chai Ko Vui, Kapitan Lee Siaw Hui, Kapitan Peter Jigai, Ketua Kaum Melin serta barisan Exco Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Bukit Semuja bermula pukul 9 pagi. 

Sementara itu, para penerima berasa teruja dan berterima kasih di atas pemberian tersebut sekaligus mengambil peluang mengucapkan tahniah di atas kemenangan John Ilus yang telah berjaya mengekalkan kepimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)  Bukit Semuja pada Pilihan Raya Negeri Ke 12 yang lepas. -EDISI UKAS

add comment