ADUN Lingga Serah Kunci Dewan Seri Lemanak

KHAMIS, 27 JANUARI 2022

SRI AMAN: Projek naik taraf Dewan Seri Lemanak yang berjumlah RM150,000 telah siap sepenuhnya mengikut masa yang ditetapkan.

Simbolik penyerahan kunci dewan itu telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor kepada jawatankuasa pengurusan dewan berkenaan pada Rabu.

Menurut Dayang Noorazah, simbolik serahan kunci tersebut sebagai tanda bermulanya pengagihan tanggungjawab kawal selia dan amanah kepada ahli-ahli jawatankuasa untuk menjaga dewan tersebut dengan sebaiknya.

Tambahnya, Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) tahun 2021 itu akan memberi kemudahan kepada penduduk setempat untuk melakukan aktiviti keramaian.

Hadir sama, Setiausaha Majlis Daerah Sri Aman,Tay Guan Huat; Ketua Kampung HuLu Lemanak, Kipli@Bolhi Jol; Jurutera Awam, Fanny Jun dan Penolong Jurutera, Dayangku Haniza Awang Azahari. -EDISI UKAS

add comment