Ahli Parlimen Kota Samarahan Terima Kunjungan Hormat Pemimpin Masyarakat Cina

KHAMIS, 27 JANUARI 2022

KOTA SAMARAHAN: Ahli Parlimen Kota Samarahan, Rubiah Wang menerima kunjungan hormat daripada pemimpin masyarakat Cina di pejabatnya pada Rabu.

Kunjungan tersebut disertai Pemanca Liew Shark Shen, Kapitan Sim Mong Chai, Kapitan Then Nyong Chien, Kapitan Liew Piang Kun, Penghulu Chai Hen Fui, wakil masyarakat Cina di kawasan Muara Tuang, Stakan, Asajaya dan Batu 29 Serian.

Menerusi pertemuan itu, Rubiah Wang menyatakan peranan masyarakat Cina sangat signifikan dalam membantu membangunkan kawasan terutamanya dari sudut ekonomi.

Katanya, Sarawak tidak memandang perbezaan kaum dan kepercayaan sebagai satu halangan untuk bekerja bersama kerana jelasnya, yang diutamakan adalah identiti rakyat Sarawak itu sendiri.

Dalam pada itu, turut dibincangkan beberapa perkara berhubung projek-projek pembangunan di kawasan termasuk aktiviti menyantuni masyarakat khasnya ketika menjelang perayaan Tahun Baru Cina kali ini .-EDISI UKAS

add comment