KHAMIS, 27 JANUARI 2022
KUCHING : Pihak Majlis Perbandaran Padawan (MPP) telah ditugaskan untuk mengawal lalu lintas dari arah Kota Padawan dan Serian menuju ke Kuching.
Ini disebabkan keluhan pengguna jalan raya mengenai pergerakan kenderaan yang agak perlahan setiap hari lebih-lebih lagi pada waktu kemuncak.
Sehubungan dengan itu, dua petugas MPP akan bertugas memastikan kelancaran trafik setiap hari dalam usaha membantu mengurangkan kesesakan jalan raya. -EDISI UKAS