Pelajar SK Nanga Gayau Debak Terima Sumbangan RTK COVID-19

KHAMIS, 27 JANUARI 2022

DEBAK : Program Penyerahan Kit Ujian Kendiri (RTK) COVID-19 kepada pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Gayau Debak anjuran Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban telah didakan pada Rabu.

Simbolik penyerahan telah disempurnakan oleh Penghulu Peter George Labut yang mewakili ADUN Bukit Saban yang juga Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas kepada wakil dari SK Nanga Gayau Debak, Hosin Pandi.

Sumbangan tersebut bertujuan bagi kegunaan para pelajar di sekolah melakukan pemeriksaan kendiri yang sejajar dengan pelaksanaan Prosedur Operasi Satndard (SOP) baharu untuk pembukaan sekolah nanti.

Selain itu, penyerahan sumbangan tersebut juga bertujuan bagi mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 yang masih melanda negara sekarang ini biarpun jangkitan di Sarawak sudah menunjukkan pengurangan kes yang ketara.-EDISI UKAS

add comment