Pusat Khidmat DUN Bukit Saban Sumbang Kerusi Roda

KHAMIS, 27 JANUARI 2022

DEBAK : Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban telah menyerahkan sumbangan kerusi roda kepada seorang penduduk di Rumah Pau Penunus Debak pada Rabu.

Simbolik penyerahan telah disempurnakan oleh Penghulu Peter George Labut yang mewakili ADUN Bukit Saban merangkap Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas kepada Edmund Luat Jimbai.

Sumbangan tersebut bertujuan meringankan beban Edmund, yang mengalami strok sehingga tidak berupaya untuk berjalan sendiri.

Sehubungan itu, Edmund serta keluarga menzahirkan ucapan terima kasih atas keperihatinan ADUN Bukit Saban yang telah memberikan sumbangan tersebut.-EDISI UKAS

add comment