SUPP Santuni Peniaga Di Pekan Engkilili

KHAMIS, 27 JANUARI 2022

ENGKILILI: Pusat Khidmat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Engkilili telah menyantuni para peniaga di sekitar pekan Engkilili dengan menyerahkan bakul limau mandarin sempena Tahun Baru Cina.

Tujuan sumbangan tersebut adalah bagi menceriakan masyarakat cina yang akan menyambut Tahun Baru Cina tidak lama lagi.

Program sumbangan tersebut juga sering dilakukan oleh Pusat Khidmat SUPP setiap tahun sebelum perayaan tersebut.

Turut hadir, Ahli Pusat Khidmat SUPP Kuak Jack Seng dan beberapa orang ahli.-EDISI UKAS

add comment