ADUN Meradong Kongsi Kemeriahan Tahun Baru Cina

JUMAAT, 28 JANUARI 2022

BINTAGOR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing menyantuni peniaga-peniaga di Bintangor dengan mengagihkan buah limau dan kad sambutan Tahun Baru Cina 2022 pada Khamis.

Datuk Ding ketika di temui berkata beliau berharap sambutan kali ini akan membawa keberkatan dan kesihatan yang baik kepada semua khususnya warga di Meradong.

Jelasnya lagi, setiap kali mengadakan lawatan di kedai-kedai makan mendapati suasana keharmonian dan perpaduan berbilang kaum amat baik di kalangan kaum Iban, Cina dan Melayu yang duduk bersama dalam sebuah kedai.

“Amalan dan sikap berginilah harus dikekalkan untuk menjadi contoh kepada generasi yang akan datang di samping kemajuan yang dikecapi pada masa yang akan datang,” ujarnya.

Dalam pada itu, masyarakat menerima baik dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kerajaan bagi bersama-sama mengekang penularan COVID-19.

Turut hadir, Pemanca yii Hee Sieng, Kapitan Wong Leh Hee dan Kaunselor Lau Sie Hing. – EDISI UKAS

add comment