Ahli Parlimen Kota Samarahan Meriahkan Program Sejambak Kasih Tahun Baru Cina 2022 Di Asajaya

JUMAAT, 28 JANUARI 2022

SAMARAHAN: Ahli Parlimen Kota Samarahan, Rubiah Wang berkesempatan mengunjungi masyarakat cina di kawasan Asajaya bersempena dengan Program Sejambak Kasih Tahun Baru Cina Kota Samarahan Tahun 2022 pada Jumaat.

Kunjungan tersebut merupakan kebiasaan bagi beliau setiap tahun menjelang perayaan berkenaan dengan menyumbangkan buah limau dan angpau kepada golongan memerlukan.

Rubiah memberitahu, program itu secara tidak langsung memahami permasalahan komuniti Cina dengan lebih telus sekaligus mengeratkan silaturahim dengan penduduk.

Sementara itu, beliau turut menasihati masyarakat Cina agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan untuk sambutan Tahun Baru Cina kali ini.

Dalam program sama, Rubiah Wang bersama wakil PERKESO menyerahkan Faedah Pencen Penakat kepada waris arwah Abdul Razak Beni. -EDISI UKAS

add comment