Dr Annuar Rapaee Sempurnakan Program ‘Babies of Lau King Howe Hospital’ Di Sibu

JUMAAT, 28 JANUARI 2022

SIBU : Menteri Muda Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat 1, Dr Annuar Rapaee telah merasmikan program ‘Babies of Lau King Howe Hospital’ bertempat di Lau King Howe Hospital Memorial Museum pada Rabu.

Simbolik perasmian dilakukan dengan tayangan video ‘Babies of Lau King Howe Hospital’ yang dipaparkan bagi tatapan jemputan yang hadir di program tersebut.

Dalam majlis itu juga, Ahli Parlimen Bintulu merangkap ADUN Dudong, Datuk Seri Tiong King Sing yang turut hadir telah menyerahkan sumbangan beliau sebanyak RM50,000 kepada pihak muzium untuk penyelenggaraan serta naiktaraf muzium tersebut.

Sementara itu, Pengerusi The Lau King Howe Hospital Memorial Museum Association Sibu, Temenggong Dato Vincent Lau Lee Ming, juga menyeru kerajaan untuk menyalurkan peruntukan untuk membaikpulih muzium tersebut.

Turut hadir ADUN Bukit Asek, Joseph Chieng; Senator Robert Lau Hui Yew; Ahli Parlimen Sibu, Oscar Ling Chai Yew; Ahli Parlimen Lanang, Alice Lau Kiong Yieng serta dif-dif kehormat yang lain.-EDISI UKAS

add comment