MKJR Mukah Adakan Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Musim Perayaan

JUMAAT, 28 JANUARI 2022

MUKAH : Majlis Keselamatan Jalanraya Bahagian (MKJR) Mukah telah mengadakan Kempen Keselamatan Jalan Raya Bahagian Mukah di Menara Pehin Setiaraja, Mukah pada Khamis.

Menurut Pengerusi MKJR Bahagian Mukah merangkap Residen Bahagian Mukah, Hamdiah Bakir, kempen tersebut diadakan bertujuan memberi kesedaran pentingnya menjaga keselamatan kepada masyarakat khasnya pada musim perayaan kerana jalanraya akan menjadi lebih sibuk dari kebiasaan.

“Memandangkan kita dalam Fasa keempat, maknanya masyarakat mengambil peluang untuk ke kampung halaman. Jadi saya percaya, keadaan akan menjadi sesak.

“Jadi saya bagi pihak MKJR, mengingatkan agar semua pihak berhati-hati dijalanraya dan selamat Tahun Baru Cina kepada yang meraikan serta saya mendoakan semuanya selamat sampai ke destinasi.”

Selain itu, beliau juga menasihati kepada orang ramai agar tidak memandu melebihi had yang dibenarkan serta tidak memandu dalam keadaan mabuk.-EDISI UKAS

add comment