Pusat Khidmat DUN Balingian Harap Projek RTP Tertangguh Segera Dilaksanakan

JUMAAT, 28 JANUARI 2022

MUKAH : Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian berharap projek Bina Baru Dewan Serbaguna Persatuan Ibubapa Dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Parish, Balingian yang tertangguh dapat segera disiapkan untuk kemudahan anak-anak yang bersekolah di situ.

Projek tersebut telah dicadangkan untuk dilaksanakan menerusi Program Transformasi Luar Bandar (RTP) pada tahun 2020 serta kontraktor telah pun dipilih melalui cabutan undi yang telah dijalankan.

Namun, projek tersebut tertangguh disebabkan perkara yang tidak dapat dielakkan.

Sehubungan itu, satu perbincangan telah diadakan pada Khamis bagi mencari jalan penyelesaian masalah berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian Abdul Yakub Arbi telah diwakili Che Ghazali Arbi bagi membincangkan perkara tersebut.-EDISI UKAS

add comment