AHAD, 30 JANUARI 2022
SERIAN: Duta Khas Perdana Menteri Ke Jepun, Republik Korea dan Taiwan merangkap Ahli Parlimen Serian, Dato’ Sri (Dr) Richard Riot Jaem turun padang mengagihkan limau mandarin kepada masyarakat Cina di sekitar Pasar Serian, pada Sabtu.
Sumbangan tersebut adalah komitmen berterusan daripada beliau untuk membangkitkan keceriaan dan kegembiraan dalam kalangan masyarakat Cina.
Sementara itu, beliau berharap masyarakat Tionghua di Parlimen Serian menyambut perayaan Tahun Baru Cina pada tahun ini dengan meriah dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pihak berkuasa.
Turut hadir Pemanca Chai Min Lee, Kapitan Lee Shiaw Hui, Kapitan Peter Jigai Lim dan Ketua Kampung Bunga Raya Serian, Affida Safaruddin. -EDISI UKAS