Martin Ben Ambil Maklum Permasalahan Sistem Perparitan Dan Pengairan Sawah Padi Kampung Bunan Gega

AHAD, 30 JANUARI 2022

SERIAN : Menteri Muda Pemodenan Pertanian Dan Pembangunan Wilayah II, Martin Ben telah mengadakan tinjauan bersama Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bunan Gega dan Kampung Bunan Punok untuk melihat keadaan perparitan dan pengairan yang merentasi sawah-sawah padi kepunyaan penduduk pada Sabtu.

Hasil tinjauan itu mendapati sistem perparitan dan pengairan sawah padi melalui projek kendalian Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) yang berusia hampir 20 tahun itu telah mengalami banyak kerosakan.

Ini menyebabkan pengairan air ke kawasan atau lot-lot sawah tidak lancar meskipun beberapa kali telah dibaiki kontraktor yang dilantik pihak JPS. 

Turut mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedup itu ialah pondok usang yang menempatkan mesin-mesin pengisar padi yang rosak dan tidak diselenggara.

Beliau meminta JKKK menulis permasalahan sistem perparitan dan pengairan sawah tersebut termasuk cadangan membaik pulih pondok dan mesin pengisar untuk beliau teliti dan usahakan sehingga beroleh jalan penyelesaian.

Selepas tinjauan itu, Martin Ben telah menyempurnakan penyerahan cek-cek kepada lapan penerima yang terdiri daripada JKKK, Biro Wanita dan Persatuan Belia Kampung bertempat di Pusat Operasi DUN Kedup.

Kesemua cek berjumlah RM33,000 itu merupakan peruntukan untuk pengurusan dan mengadakan aktiviti bagi tahun 2021 yang tidak dapat ditunaikan akibat kesilapan pada nombor akaun dan ejaan nama di akaun masing-masing. -EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia