AHAD, 30 JANUARI 2022
KOTA SAMARAHAN: Pasukan Unit Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Samarahan telah melakukan operasi secara mengejut menggunakan kaedah ‘Snap Check’ di sekitar kawasan Taman Samarindah, Taman Sentoria dan Bandar Riyal pada Sabtu.
Pemeriksaan dibuat ke atas beberapa kenderaan dan pemandu yang mencurigakan bagi memastikan tiada rekod jenayah atau individu yang berada di dalam situasi dikehendaki polis.
Melalui operasi itu juga sebanyak tiga saman telah dikeluarkan di atas pelbagai kesalahan jalan raya.
Justeru, pengguna jalan raya dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dan berwaspada dengan pergerakan rondaan dan pemeriksaan yang akan dipertingkatkan dalam usaha mencegah jenayah.-EDISI UKAS