33 Surau Di Kawasan Tupong Terima Geran Khas Naik Taraf Fizikal

ISNIN, 31 JANUARI 2022

KUCHING: Sebanyak 33 buah surau di kawasan DUN Tupong menerima Geran Khas Naik Taraf Fizikal.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman memberitahu, setiap surau masing-masing menerima RM15,000 bagi menambah baik kemudahan sekaligus memberikan keselesaan kepada para jemaah.

Jelasnya, geran tersebut merupakan peruntukan yang disalurkan oleh Menteri Kanan Kerja Raya Malaysia merangkap Ahli Parlimen Petra Jaya, Dato Sri Fadillah Yusof.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan Geran Khas Naik Taraf Fizikal Surau-Surau Kawasan Parlimen Petra Jaya di Surau Mahmudi, Matang pada Sabtu.

Sementara itu, para penerima merakamkan penghargaan kepada wakil rakyat mereka atas geran yang diberikan. -EDISI UKAS

add comment