Ketua Menteri Terima Kunjungan Hormat Dari Ketua Menteri Sabah

ISNIN, 31 JANUARI 2022

KUCHING: Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Abdul Rahman Zohari menerima kunjungan hormat daripada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Mohd Noor di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya Kuching pada Isnin.

Hadir sama dalam kunjungan tersebut adalah tiga Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin; Datuk Seri Panglima Dr Jeffery G Kitingan dan Datuk Dr Joachim Gunsalam.

Ia turut dihadiri kesemua Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas; Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan dan Dato Sri Dr Sim Kui Hian.-EDISI UKAS

add comment