Perkukuhkan Semangat Muhibah Sempena Tahun Baru Cina

ISNIN, 31 JANUARI 2022

SIMUNJAN: Tahun Baru Cina perlu dijadikan usaha pengukuhan semangat muhibah masyarakat majmuk di negara ini.

Menteri Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia merangkap Ahli Parlimen Batang Sadong, Dato’ Sri Nancy Shukri berkata, pengukuhan perpaduan dalam kalangan masyarakat penting untuk membina Keluarga Malaysia yang bersatu padu.

Menurut beliau, sambutan perayaan pelbagai kaum di negara ini juga menunjukkan semangat keharmonian yang tinggi dalam kalangan rakyat.

Beliau berkata demikian selepas mengagihkan buah limau mandarin kepada komuniti Cina di sekitar pasar Simunjan pada Ahad.

Program seumpamanya merupakan acara tahunan Dato Sri Nancy setiap kali menjelangnya musim perayaan Tahun Baru Cina. 

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris. -EDISI UKAS

add comment