Ketua Menteri Sertai Sambutan Tahun Baru Cina SUPP Secara Maya

SELASA, 1 FEBRUARI 2022

KUCHING: Sambutan perayaan Tahun Baru Cina bagi tahun ini tetap meriah walaupun disambut dengan pematuhan Prosedur operasi standard (SOP).

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg dan isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang telah menyertai majlis sambutan Tahun Baru Cina Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) secara maya pada Selasa.

Majlis tersebut turut disertai oleh Presiden SUPP yang juga Timbalan Ketua Menteri, Dato Sri Dr Sim Kui Hian.

Dalam amanat ringkasnya, Ketua Menteri menyeru komuniti Cina untuk terus bersatu padu dalam mengukuhkan lagi kedudukan ekonomi negeri Sarawak dalam mencapai taraf negeri maju menjelang tahun 2030.

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari dan isteri kemudiannya menggaul “Yee Sang” secara maya sebagai simbolik sambutan perayaan itu yang melambangkan simbol kesejahteraan dan kemakmuran.-EDISI UKAS

add comment