Sentiasa Waspada, Pastikan Keselamatan Diberi Perhatian Semasa Menyambut Tahun Baru Cina

RABU, 2 FEBRUARI 2022

KUCHING: Masyarakat yang menyambut perayaan Tahun Baru Cina pada tahun ini diingatkan agar terus berwaspada dengan keselamatan diri dan orang sekeliling.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak Datu Khirudin Drahman@Hussaini mengingatkan mereka untuk mengelakkan sindrom 3 L iaitu lupa, lalai dan leka apabila menyambut perayaan berkenaan.  

“Saya ingin mengingatkan masyarakat Tiong Hua dalam meraikan perayaan pada tahun ini, pastikan sindrom 3 L tidak ada bersama kita iaitu (Lupa, Lalai, Leka),” katanya dalam satu video yang dimuatnaik sempena Tahun Baharu Cina 2022 baru-baru ini.

Datu Khirudin berkata, masyarakat perlu sentiasa peka bagi mengelak daripada berlaku perkara yang tidak diingini.

“Hendaklah kita sentiasa berwaspada dalam memastikan keselamatan kita, keluarga kita dan jiran-jiran kita diberi perhatian.

“Perhatikan penggunaan elektrik atau pengunaan apa jua peralatan dan jangan leka dengan perkara yang boleh menyebabkan mengundang kecelakaan,” ujar Datu Khirudin lagi.

Dalam pada itu, Datu Khirudin mengingatkan masyarakat untuk menyambut tahun baru cina ini dengan penuh harmoni dan sentiasa memastikan keselamatan sentiasa diberi perhatian.-EDISI UKAS

add comment