Banjir Kilat Berlaku di Hadapan Balai Bomba Bandar Miri

KHAMIS, 3 FEBRUARI 2022

MIRI: Banjir kilat dilaporkan berlaku di sepanjang jalan utama di hadapan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri pada Khamis.

Kejadian banjir itu disebabkan hujan lebat yang turun di bandaraya Miri sehingga mengakibatkan kesesakan lalu lintas.

Susulan kejadian tersebut, Jabatan Kerja Raya (JKR) Miri telah pergi ke lokasi untuk memantau keadaan banjir.

Bagaimanapun, pihak berkuasa memaklumkan keadaan telah pulih sediakala dan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.-EDISI UKAS

add comment