Dato Henry Jinep Sertai Gotong-Royong Bersih Padang Bola Sepak St. James Bitikie

KHAMIS, 3 FEBRUARI 2022

BAU : Menteri Muda Pengangkutan II, Dato Henry Harry Jinep meluangkan masa menyertai aktiviti gotong-royong membersih Padang Bola Sepak St. James Bitikie, Kampung Tanjong Poting baru-baru ini.

Aktiviti berkenaan dianjurkan oleh belia kampung tersebut bagi membersih kawasan padang yang lama tidak digunakan ekoran penguatkuasaan Prosedur Operasi Standard (SOP) sebelum ini.

Dato Henry yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru juga berkesempatan meninjau keadaan padang bagi mengenalpasti keperluan lain untuk penambahbaikan kemudahan.

Menurut beliau, penambahan tapak parkir kenderaan berhampiran padang itu amat diperlukan bagi memberi kemudahan kepada penduduk yang mengunjungi Gereja St. James Bitikie. -EDISI UKAS

add comment