JUMAAT, 4 FEBRUARI 2022
SEBUYAU: Sebanyak 12 pasukan telah menyertai Pertandingan Badminton Tertutup di Dewan Kampung Sungai Ladong, Sebangan yang diadakan pada 1 hingga 2 Februari 2022.
Pertandingan anjuran Gabungan Badminton Club (GBC) Kampung Sungai Ladong tersebut dilaksanakan bersempena dengan sambutan Tahun baru Cina sekaligus memupuk semangat perpaduan dan mengeratkan silaturahim antara penduduk setempat.
Pasukan yang terlibat adalah dari Simunjan, Kampung Sungai Apin, Kampung Pantong dan Kampung Tebelu.
Sementara itu, Pengerusi GBC Kampung Sungai Ladong, Ramli Lidi menyampaikan hadiah dan mengucapkan tahniah kepada para peserta.
Beliau berharap agar aktiviti yang sama dapat dilaksanakan bagi memupuk semangat kesukanan di samping mencungkil bakat baharu dari kawasan berkenaan.-EDISI UKAS