IPD Miri Lakukan Rondaan Cegah Jenayah Sekitar Kawasan Miri

JUMAAT, 4 FEBRUARI 2022

MIRI: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri melakukan rondaan cegah jenayah di sekitar kawasan Miri pada Khamis.

Rondaan cegah jenayah itu melibatkan pasukan dari Unit Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB), IPD Miri.

Selain daripada penugasan rondaan, pasukan polis juga melakukan pemantauan dan membuat lawatan ke rumah yang ditinggalkan oleh orang awam melalui pesanan maklumat Volunteer Smart Phone (VSP).

Masyarakat umum juga dinasihatkan untuk memaklumkan kepada pihak polis melalui sistem VSP atau hadir ke balai Polis yang terdekat sekiranya meninggalkan rumah untuk bercuti atau balik kampung bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku.-EDISI UKAS

add comment