Pejabat Daerah Bintulu Pelawa Sertai Jom Sertai Program Jum Regista Bisnes @ Bintulu

JUMAAT, 4 FEBRUARI 2022

BINTULU: Pejabat Daerah Bintulu menjemput dan mengalu-alukan orang ramai yang tinggal di Bintulu mendaftar dan menyertai Program Jum Regista Bisnes @ Bintulu. 

Menurut Pejabat Daerah Bintulu, pendaftaran ini terhad kepada 200 orang peserta sahaja. 

“Orang ramai yang berminat untuk menyertai program ini boleh datang ke Pejabat Daerah Bintulu Aras Bawah, Bangunan Lama dan berjumpa dengan pegawai seranta Cathrine Sayu atau Norinawati Ibrahim untuk pendaftaran.

“Pendaftaran akan ditutup sebelum 14 Februari 2022,” katanya pada Khamis. 

Program Jum Regista Bisnes @ Bintulu merupakan anjuran Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak (MINTRED) dengan kerjasama Pejabat Daerah Bintulu dan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Sarawak (SEDC). -EDISI UKAS

add comment