Kepimpinan GPS Turut Mendapat Sokongan Belia

SABTU, 5 FEBRUARI 2022

KUCHING : Rakyat menyokong sepenuhnya kepimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) demi kesinambungan pembangunan di Sarawak.

Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, berdasarkan statistik pengundi pada Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN-12) Sarawak yang lepas, rata-rata pengundi terutama golongan belia turut menyokong kepimpinan GPS.

“Pengundi warga emas kita ataupun yang lebih berusia memberi sokongan padu kepada GPS dan kita dapati juga pengundi daripada golongan belia juga menunjukkan sokongan yang tidak jauh beza daripada sokongan orang yang lebih berusia.

“Saya lihat bahawa ini adalah hasil usaha kerajaan GPS yang sentiasa memberikan perhatian kepada generasi belia selain daripada memberikan perhatian kepada rakyat umum.” katanya semasa sidang media selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi Wanita (MTW) PBB pada Sabtu.

Dalam pada itu, beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada jentera Parti Pergerakkan Wanita samada di peringkat MTW PBB mahupun di peringkat cawangan dan ranting atas kerja keras mereka sebelum dan selepas PRN-12 Sarawak lagi. -EDISI UKAS

add comment