Ketua Menteri Beri Penghormatan Terakhir Kepada Allahyarham Tan Sri Abang Khalid

SABTU, 5 FEBRUARI 2022

KUCHING: Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg telah menziarahi Allahyarham Tan Sri Abang Khalid Tan Sri Datuk Amar Abang Marzuki yang telah meninggal dunia pada pagi Jumaat.

Allahyarham Tan Sri Abang Khalid yang merupakan Presiden Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) Sarawak meninggal dunia pada jam 5:43 pagi akibat kanser usus.

Sejurus tiba, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari berkesempatan mengerjakan solat jenazah sebelum jenazah disemadikan di Tanah Perkuburan Samariang.

Selain menerajui PEKEMA Sarawak, Allahyarham semasa hayatnya juga aktif dalam politik dan sukan yang mana beliau merupakan Timbalan Ketua Cawangan PBB Semariang dan memegang jawatan Presiden Persatuan Speak Takraw Sarawak.

Beliau meninggalkan balu, Puan Sri Lily Johari, lapan cucu dan tujuh orang anak termasuk penyanyi Camelia tau nama sebenar Dayang Noor Camelia.-EDISI UKAS

add comment