Pantai Tanjong Kembang Kabong Destinasi Popular Aktiviti Riadah

SABTU, 5 FEBRUARI 2022

KABONG: Pantai Tanjong Kembang Kabong menjadi destinasi beriadah yang semakin popular untuk keluarga pada hujung minggu.

Dengan pelbagai kemudahan serta penginapan chalet disediakan, sepanjang musim perayaan Tahun Baru Cina kali ini menerima ramai pengunjung sekaligus meningkatkan sosio-ekonomi penduduk setempat.

Pantai Tanjong Kembang juga tempat untuk peniaga kecil berniaga berbagai jenis jualan kepada pengunjung.

Di sebalik keindahannya, Pantai Tanjong Kembang juga berupa untuk menonjolkan kebudayaan penduduk tempatan sebagai tontonan pengunjung di kawasan itu.-EDISI UKAS

add comment