PICKIDS: Kanak-Kanak Daerah Limbang Mula Divaksin 7 Februari Ini Di 4 Zon

SABTU, 5 FEBRUARI 2022

LIMBANG: Pemberian vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak berumur 5 hingga bawah 12 tahun di daerah Limbang akan bermula 7 hingga 20 Februari ini dari jam 8:15 pagi hingga 4:30 petang.

Pejabat Kesihatan Bahagian Limbang dalam notis yang dikeluarkan pada Jumaat memberitahu, pemberian vaksin ini melibatkan 16 buah sekolah yang dibahagikan kepada 4 zon.

Jelasnya, dua zon di Pusat Kecemerlangan Pendidikan Sungai Poyan, satu zon masing-masing di Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjong dan SK Kuala Mendalam.

Setakat ini hanya dos pediatrik vaksin Pfizer-BioNTech/Corminaty yang telah diluluskan untuk kanak-kanak kategori umur ini yang terbukti selamat dan berkesan.

Orang awam yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi Bilik Gerakan Pejabat Kesihatan Bahagian Limbang di talian 085-211726 atau 013-8351726 dari jam 8:00 pagi hingga jam 5:00 petang.-EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia