PJKM Anjuran KPDNHEP Diteruskan Di CYK Supermarket Serian

SABTU, 5 FEBRUARI 2022

SERIAN : Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) diadakan selama dua hari bermula Sabtu, 5 Februari 2022 dari jam 9.30 pagi hingga 1.30 tengah hari di CYK Supermarket Serian.

Pelaksanaan PJKM merupakan inisiatif kerajaan untuk membantu meringankan kos sara hidup rakyat terutama dari kalangan berpendapatan rendah.

Ia dilaksanakan setiap bulan di lokasi-lokasi yang terpilih dalam Parlimen Serian yang mana menawarkan pelbagai keperluan barangan harian dengan harga sehingga 20 peratus lebih rendah daripada harga pasaran setempat.

Justeru, program sedemikian diharap dapat membantu pengguna untuk merancang pembelian dan membuat pilihan yang bijak bagi mengurangkan bebanan perbelanjaan isi rumah. – EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia