ADUN Kabong Salur Bantuan Kepada Mangsa Kebakaran Di Kampung Baru

AHAD, 6 FEBRUARI 2022

KABONG: Mangsa kebakaran yang berlaku pada Sabtu di Kampung Baru, Kabong terus mendapat simpati dari orang ramai.

Terbaru, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Mohd Chee Kadir turut menyantuni keluarga berkenaan dengan menyumbang bakul makanan.

Sumbangan itu diserahkan wakil dari Pusat Khidmat ADUN Kabong, Nur Elffi Amir kepada Kelana Morsidi dan Hamsiah Enjah pada Ahad.

Hadir sama semasa penyerahan sumbangan KK Kpg. Baru Kabong, Lehah Rahmat dan beberapa Ahli Jawatankuasa Kampung Baru Kabong.

Turut hadir Pemangku Ketua Wanita PBB Kabong, Normah Ahmadi yang turut menyampaikan bantuan makanan asas kepada mangsa.

Menurut Ketua Balai Saratok, PPgB Muhd Shukur Jamalludin, kejadian yang berlaku sekitar jam 10:42 malam pada Sabtu itu telah meranapkan sebuah rumah setingkat termasuk sebuah motosikal.

Kebakaran itu turut mengakibatkan rumah bersebelahan mengalami kerosakan kecil. – EDISI UKAS

add comment