AHAD, 6 FEBRUARI 2022
MIRI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir Dr Ripin Lamat telah mengadakan dua perjumpaan bersama Tuai Rumah Sating dan Ahli Lembaga Koperasi Kariah Masjid Darul Hana Lambir Berhad di Restoran Kampungku, Miri pada Sabtu.
Pada perjumpaan pertama bersama Tuai Rumah Sating dan beberapa penduduk bertujuan membincangkan permohonan penempatan semula keluarga di rumah panjang itu.
Perbincangan ini diadakan selepas mengambil kira jumlah penduduk yang kini meningkat akibat pertambahan keluarga dan rumah panjang tersebut tidak dapat menampung jumlah keluarga yang meningkat.
Sementara itu, perjumpaan kedua pula bersama Ahli Lembaga Koperasi Kariah Masjid Darul Hana Lambir Berhad pula membincangkan tarikh penganjuran aktiviti koperasi bagi tahun 2022 ini.-EDISI UKAS