Kejohanan Bola Sepak Empat Penjuru 2022 Medan Ujian Pemain SUFC

AHAD, 6 FEBRUARI 2022

KUCHING: Kemampuan pemain Sarawak United FC (SUFC) akan diuji pada Kejohanan Bola Sepak Empat Penjuru 2022 yang akan berlangsung di Sabah dari 12 hingga 18 Februari ini.

Penampilan pemain SUFC pada kejohanan itu dilihat sebagai landasan terbaik untuk menilai kemampuan para pemain memandangkan pasukan itu disifatkan sebagai pendatang baharu dalam kancah Liga Super 2022.

Selain itu, ia juga menjadi medan penting untuk pengendali SUFC, E.Elavarasan mengenal pasti barisan kesebelasan utama pasukannya.

Antara pasukan dari Liga Super 2022 yang akan berentap dalam kejohanan tersebut adalah Sabah FA selaku tuan rumah, Kedah FC, SUFC dan Kelantan FC yang beraksi dalam Liga Premier.

Difahamkan, SUFC akan menentang Kedah FA pada 12 Februari, disusuli menentang Sabah FC pada 15 Februari dan aksi terakhir akan menentang Kelantan FC pada 18 Februari. – EDISI UKAS

add comment