ISNIN, 7 FEBRUARI 2022
LIMBANG:Komuniti Gereja St. Edmund Limbang menghadkan 180 orang sahaja untuk penganut agama Kristian bersembahyang dalam satu-satu masa.
Keputusan ini dibuat berdasarkan kemaskini Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah dikeluarkan Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR).
Dalam pada itu, untuk mengelak kehadiran dalam jumlah yang ramai dan sesak, penganut agama Kristian di Limbang disarankan untuk mengikuti upacara sembahyang di gereja atau Chapel yang ada di lokaliti masing-masing.
Hanya individu yang sudah melengkapkan vaksinasi dos kedua sahaja yang dibenarkan untuk datang ke gereja atau Chapel.
Manakala, bagi kanak-kanak mereka dibenarkan untuk menghadiri upacara sembahyang dengan diiringi ibu bapa atau penjaga masing-masing dengan telah divaksinasi dan setiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan. -EDISI UKAS